Dasar Privasi Pico
Dikemaskinipada: 24/5/2022
Pico Immersive Pte. Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai "kami") menyediakan produk dan perkhidmatan realiti maya yang inovatif melalui laman web, aplikasi, kandungan, perkakasan dan perkhidmatan (secara kolektif, “Perkhidmatan Pico”). Dasar Privasi ini menggariskan cara kami mengendalikan maklumat yang mengenal pasti atau dikaitkan dengan anda ("data peribadi"), termasuk cara kami mengumpul, mengguna dan berkongsi data peribadi pada Perkhidmatan Pico kami.
Kami adalah pengawal yang bertanggungjawab untuk data peribadi anda. Sila meluangkan masa untuk membiasakan diri anda dengan amalan privasi kami, dan hubungi kami di privacy@picoxr.com jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.
1. Data Peribadi Yang Kami Kumpulkan
Apabila anda berinteraksi dengan Perkhidmatan Pico, seperti apabila anda mendaftar akaun Pico, menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami, menggunakan perkakasan Pico atau mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian, kami mengumpul data peribadi anda, termasuk:
- Maklumat yang anda berikan kepada kami. Sebagai contohnya:
- Maklumat Akaun. Apabila anda mendaftar akaun untuk menggunakan Perkhidmatan Pico, anda akan memberikan maklumat seperti nama pengguna anda, gambar profil, alamat e-mel, negara yang anda berada dan tarikh lahir anda.
- Maklumat Transaksi. Jika anda mengisikan maklumat pembayaran pada profil anda atau membuat pembelian pada atau melalui Perkhidmatan Pico, kami akan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan transaksi seperti maklumat pembayaran anda, aktiviti pembelian dan butiran penghantaran dan maklumat hubungan.
- ID yang Dikeluarkan Oleh Kerajaan. Dalam bidang kuasa tertentu, kami mungkin akan meminta ID yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam keadaan terhad, termasuk semasa memproses permintaan pembayaran balik, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
- Persuratan. Apabila anda berkomunikasi dengan kami, kami akan menerima butiran seperti kandungan komunikasi anda dengan kami, termasuk interaksi dengan bahagian perkhidmatan pelanggan dan maklumat kenalan melalui saluran media sosial.
- Kandungan Pengguna. Kami mengumpul kandungan yang anda jana pada Perkhidmatan Pico, seperti ulasan yang anda siarkan di bawah permainan atau aplikasi di Kedai Pico, dan maklumat tentang kandungan ini, seperti tarikh dan masa anda mencipta kandungan tersebut.
- Maklumat Yang Dikumpulkan Secara Automatik. Maklumat yang dikumpul secara automatik apabila anda menggunakan Perkhimatan Pico termasuk:
- Penglibatan anda dengan Perkhidmatan Pico. Kami menerima maklumat berkaitan dengan anda apabila anda log masuk dan keluar daripada Perkhidmatan Pico, maklumat tentang aplikasi yang anda muat turun dan masa/tarikh anda melancarkan aplikasi tersebut pada set kepala (headset) Pico dan pembelian dalam aplikasi oleh anda dalam permainan yang disediakan oleh pihak pemaju ketiga. Kami juga menerima maklumat tentang cara anda mengguna aplikasi pada set kepala Pico, sebagai contoh, kami menerima maklumat tentang penggunaan Pelayar Pico anda seperti ciri-ciri pelayar yang digunakan oleh anda. Kami juga akan merekodkan pilihan anda apabila anda membuat pilhan dalam tetapan set kepala Pico.
- Maklumat peranti dan rangkaian. Ini termasuk maklumat tentang jenis peranti yang anda gunakan, seperti set kepala, PC, TV atau telefon bimbit; konfigurasi peranti, seperti jenama dan model peranti, nama dan versi sistem pengendalian, maklumat CPU dan resolusi skrin; rangkaian anda, maklumat sedemikian tentang rangkaian tanpa wayar tempatan anda dan alamat IP anda; dan prestasi peranti anda, seperti tahap bateri. Kami juga mengumpul pengecam tertentu yang unik kepada anda atau peranti anda, termasuk pengecam peranti seperti nombor siri set kepala Pico, ID pengguna Pico anda dan pengecam lain.
- Maklumat yang dikumpul melalui kuki. Kami menggunakan kuki dan teknologi serupa untuk mengendalikan dan menyediakan Perkhidmatan Pico. Contohnya, kami menggunakan kuki untuk mengingati pilihan bahasa anda dan untuk tujuan keselamatan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan kuki kami, sila lihat Dasar Kuki kami. Kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk menggunakan kuki kami jika dikehendaki oleh undang-undang
- Lokasi. Kami mengumpul anggaran lokasi anda berdasarkan maklumat peranti dan rangkaian anda, seperti alamat IP peranti anda.
- Maklumat penyelesaian masalah. Kami mengumpul maklumat penyelesaian masalah seperti log ranap sistem yang mungkin mengandungi ID pengguna anda, ID peranti, alamat IP, penggunaan CPU, jumlah masa yang diperlukan untuk memuatkan ciri, maklumat penggunaan kuasa, kadar bingkai dan sama ada anda menggunakan ciri tertentu.
- Data Peribadi Yang Kami Terima daripada Sumber Lain. Pico mungkin menerima data peribadi tentang anda daripada rakan kongsi perniagaan dan daripada sumber sah yang lain.
2. Penggunaan Data Peribadi Anda Oleh Kami
Kami menggunakan data peribadi anda untuk menyediakan Perkhidmatan Pico kepada anda, untuk memajukan Perkhidmatan Pico, untuk memasarkan kepada anda, untuk keselamatan dan pencegahan penipuan, dan untuk mematuhi dengan undang-undang yang berkaitan. Kami juga boleh menggunakan data peribadi untuk tujuan lain seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.
- Untuk menyediakan Perkhidmatan Pico. Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk memberikan Perkhidmatan Pico kepada anda. Sebagai contoh, kami menggunakan maklumat ini untuk:
- Memberi Perkhidmatan Pico kepada anda, termasuk mendaftar akaun untuk anda dan untuk memproses transaksi anda;
- Berkomunikasi dengan anda tentang Perkhidmatan Pico, termasuk untuk memberitahu anda tentang transaksi, akaun, atau sebarang perubahan pada terma, syarat dan dasar kami; dan
- Menyediakan sokongan teknikal.
- Untuk memajukan dan bertambah baik Perkhidmatan Pico. Kami juga menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk memajukan Perkhidmatan Pico. Sebagai contoh, kami menggunakan maklumat untuk
- Memahami maklum balas daripada pengguna tentang Perkhidmatan Pico;
- Mengenal pasti dan mengatasi isu teknikal, termasuk ranap dan kerosakan lain, pada Perkhidmatan Pico;
- Menjalankan dan belajar daripada penyelidikan tentang cara-cara anda berinteraksi dengan Perkhidmatan Pico; dan
- Memaju dan membangun ciri-ciri kami.
- Untuk memasarkan kepada anda. Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk menghantar perutusan promosi kepada anda tentang Perkhidmatan Pico. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk mengukur keberkesanan aktiviti pemasaran kami. Jika anda ingin menarik diri daripada menerima perutusan pemasaran, sila ikut arahan dalam perutusan pemasaran tersebut. Kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk menghantar perutusan sedemikian kepada anda sekiranya diperlukan oleh undang-undang.
- Untuk keselamatan dan pencegahan penipuan. Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk mengesahkan akaun, peranti dan aktiviti, memerangi kelakuan berbahaya, mengesan dan mencegah isu teknikal atau keselamatan, termasuk aktiviti penipuan, dan mempromosikan keselamatan di dalam dan luar Perkhidmatan Pico.
- Untuk mematuhi dengan undang-undang yang berkenaan. Sebagai contohnya, untuk memenuhi keperluan cukai atau pelaporan wajib, atau untuk mematuhi dengan permintaan kerajaan yang sah.
3. Bagaimana Kami Berkongsi Data Peribadi Anda
Kami mungkin berkongsi data peribadi dengan pihak pemaju yang menyediakan aplikasi pada Perkhimatan Pico, syarikat gabungan kami, penyedia perkhidmatan yang bertindak bagi pihak kami, rakan kongsi kami, pihak ketiga dalam konteks urus niaga korporat, dengan persetujuan anda atau sebaliknya seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.
- Pihak Pemaju. Anda boleh berinteraksi dengan permainan, aplikasi dan perkhidmatan pihak ketiga melalui Perkhidmatan Pico. Kami berkongsi data peribadi anda dengan pihak-pihak pemaju yang berkaitan supaya mereka boleh memberikan anda pengalaman yang anda minta. Contohnya, dengan kebenaran anda, kami berkongsi maklumat akaun Pico anda kepada pemaju pihak ketiga termasuk gambar profil, nama pengguna dan kawasan wilayah anda.
Pembekal kandungan pihak ketiga juga boleh mengumpul maklumat daripada anda secara langsung melalui pengalaman yang mereka sediakan. Sila ambil perhatian bahawa sebarang maklumat yang anda kongsi dengan pihak ketiga ini akan tertakluk kepada dasar privasi pihak ketiga tersebut.
- Syarikat bergabung. Sebagai sebuah syarikat global, Perkhidmatan Pico disokong oleh beberapa entiti gabungan dalam kumpulan korporat kami. Kami berkongsi maklumat anda dengan entiti gabungan yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyediakan fungsi penting seperti pengehosan awan, keselamatan, penyelidikan dan kemajuan, analitik, pembayaran dalam talian, perkhimatan sokongan pelanggan dan sokongan teknikal serta penyederhanaan kandungan.
- Pembekal perkhidmatan. Kami mungkin melibatkan pihak ketiga untuk bertindak sebagai penyedia perkhidmatan kami dan melaksanakan tugas tertentu bagi pihak kami, seperti memproses atau menyimpan data, termasuk data peribadi, berkaitan dengan penyampaikan Perkhidmatan Pico. Pembekal perkhidmatan bertanggungjawab untuk mengendalikan data peribadi selaras dengan Dasar Privasi ini dan mengikut arahan kami. Pembekal-pembekal perkhidmatan tersebut tidak boleh menggunakan data peribadi yang kami kongsikan untuk tujuan mereka sendiri dan mesti memadam atau mengembalikan data peribadi tersebut setelah mereka memenuhi permintaan kami.
- Rakan kongsi kami. Dari semasa ke semasa, kami mungkin bekerjasama dengan pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan atau tawaran lain. Kami memerlukan rakan kongsi kami untuk melindungi data peribadi anda.
- Urus niaga korporat. Maklumat anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga berkaitan dengan transaksi korporat, seperti penggabungan, penjualan aset atau saham, penyusunan semula, pembiayaan, perubahan kawalan, atau pemerolehan secara keseluruhan atau sebahagian.
- Dengan persetujuan anda. Kami mungkin berkongsi data peribadi dengan orang lain atas arahan anda atau dengan persetujuan anda.
- Penguatkuasaan undang-undang. Kami mungkin mendedahkan maklumat anda jika kami menentukan bahawa pendedahan tersebut adalah diperlukan atau sesuai untuk tujuan keselamatan negara, penguatkuasaan undang-undang atau isu lain yang mempunyai kepentingan awam, pendedahan adalah perlu atau sesuai. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat tentang di mana terdapat asas yang sah untuk berbuat demikian, jika kami menentukan bahawa pendedahan itu perlu secara munasabah untuk menguatkuasakan terma dan syarat kami atau untuk melindungi operasi atau pengguna kami.
4. Pilihan dan Hak-Hak Anda
Anda mempunyai pilihan berikut berkenaan dengan data peribadi anda. Bergantung pada jenis pilihan yang anda ingin melaksanakan, kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda.
- Akses atau kemas kini maklumat anda. Anda boleh meminta untuk mengakses atau mengemas kini data peribadi anda dengan menghantar e-mel kepada kami di alamat e-mel yang diberikan dalam bahagian 'Hubungi Kami' Dasar Privasi ini.
- Memadamkan data anda. Anda boleh meminta untuk memadamkan data peribadi anda dengan menghantar e-mel kepada kami di alamat e-mel yang diberikan dalam bahagian 'Hubungi Kami' Dasar Privasi ini. Jika anda memadamkan maklumat yang kami kenal pasti sebagai maklumat yang wajib, kami mungkin tidak dapat menyediakan semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan Pico kami.
- Membatalkan persetujuan anda. Jika kami telah meminta persetujuan anda untuk mengumpul, menggunakan atau berkongsi data peribadi anda, anda boleh membatalkannya dengan menukar pilihan anda dalam peranti atau aplikasi yang berkaitan, atau dengan menghantar e-mel kepada kami di alamat e-mel yang diberikan dalam bahagian 'Hubungi Kami' Dasar Privasi ini. Kami akan memproses permintaan sedemikian dalam tempoh masa yang segera selepas penerimaan dan pembatalan anda akan berkuat kuasa sebaik pemprosesan selesai. Sehingga masa itu, kami akan terus mengendalikan data peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.
- Menarik diri daripada komunikasi pemasaran. Anda boleh menarik diri daripada perutusan berkaitan dengan pemasaran dengan mengikut arahan memilh keluar atau berhenti melanggan yang dilampirkan dengan perutusan-perutusan tersebut, atau dengan menyerahkan permintaan ke alamat e-mel yang diberikan dalam bahagian 'Hubungi Kami' dalam Dasar Privasi ini. Anda mungkin akan menerima perutusan berkaitan perkhidmatan dan perutusan yang tidak berkaitan dengan pemasaran.
- Lain-lain. Anda juga mungkin mempunyai hak untuk menentang, meminta salinan kebenaran anda, mengehadkan pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda dan mungkin orang lain, bergantung pada bidang kuasa tempat anda berada. Sekiranya anda ingin membuat aduan tentang cara kami memproses data peribadi anda, sila hubungi kami pada mulanya di privacy@picoxr.com. Ini tanpa menjejaskan hak anda untuk melancarkan tuntutan dengan pihak berkuasa perlindungan data anda atau mengikuti proses penyelesaian pertikaian yang disediakan dalam Syarat Perkhidmatan.
5. Pemindahan Maklumat Peribadi Anda
Kami menyediakan Perkhidmatan Pico secara global. Ini bermakna bahawa maklumat yang kami kumpulkan daripada anda mungkin dipindahkan ke, dan disimpan di, destinasi di luar negara tempat anda tinggal, termasuk di Singapura di mana kami berpangkalan. Maklumat anda juga mungkin diproses oleh kakitangan yang beroperasi di luar negara anda yang bekerja untuk kami, untuk salah satu pembekal perkhidmatan kami atau salah satu rakan kongsi kami. Kami akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan bahawa maklumat anda dikendalikan dengan selamat dan mengikut Dasar Privasi ini dan undang-undang yang berkaitan.
6. Keselamatan dan Pengekalan Data
Kami mengambil langkah teknikal dan organisasi yang sesuai untuk membantu melindungi data peribadi daripada akses, penggunaan, pendedahan, pengubahan dan pemusnahan yang tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat, dan oleh sedemikian kami tidak dapat menjamin keselamatan maklumat anda yang dihantar melalui Perkhidmatan Pico.
Kami menyimpan maklumat selama yang diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan Pico dan untuk tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini. Kami juga menyimpan maklumat apabila perlu untuk mematuhi kewajipan kontrak dan undang-undang, apabila kami mempunyai kepentingan perniagaan yang sah untuk berbuat demikian (seperti menambah baik dan membangunkan perkhidmatan laman web dan aplikasi kami, meningkatkan keselamatan dan kestabilan laman web dan perkhidmatan aplikasi kami), dan untuk melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.
7. Kanak-kanak
Perkhidmatan Pico tidak bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak di bawah umur 13 tahun atau di bawah ambang umur minimum yang setara dalam bidang kuasa yang berkaitan. Jika kami mengetahui bahawa kami telah mengumpul data peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kami akan memadamkannya secepat mungkin.
8. Perubahan Kepada Polisi Ini
Jika kami membuat perubahan pada Dasar Privasi ini, kami akan memberikan notis mengenai perubahan tersebut mengikut kesesuaian, seperti melaui pemberitahuan e-mel kepada anda ke alamat e-mel yang anda berikan, dan/atau memberikan notis melalui Perkhidmation Pico. Jika kami membuat perubahan pentadbiran, kami akan mengamas kini "Dikemaskini pada" di bahagian atas Dasar Privasi ini.
9. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan Dasar Privasi ini, sila hubungi kami melalui e-mel di privacy@picoxr.com.