Garis Panduan Komuniti CapCut

Pengenalan

Terakhir Kemas Kini, Mei 2021

CapCut ialah aplikasi pengeditan video yang membantu para pengguna mencipta video yang berkualiti tinggi dan menakjubkan. Kami sedang membina komuniti dalam talian yang membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi serta berhubung dengan orang lain. Kami juga komited untuk menjadikan komuniti ini kekal selamat. Garis Panduan Komuniti kami menetapkan satu set kod bagi kebiasaan dan kelaziman untuk CapCut; ia menyediakan panduan untuk perkara yang dibenarkan dan dilarang agar menjadikan tempat ini dirasakan mesra oleh semua orang.

Kami akan membuang apa-apa kandungan – termasuk video, audio, imej, komen dan teks – yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami dan pemegang akaun yang berkaitan akan diberitahu tentang keputusan ini.

Garis Panduan Komuniti kami terpakai kepada semua orang dan segala perkara pada CapCut. Kami menguatkuasakan hal ini secara proaktif menggunakan pelbagai teknologi dan kawalan manusia sebelum kandungan dilaporkan kepada kami.

Kami sedar bahawa sesetengah kandungan yang biasanya akan dikeluarkan berlandaskan Garis Panduan Komuniti kami mungkin mempunyai kepentingan awam. Oleh itu, kami mungkin mengizinkan pengecualian di bawah keadaan tertentu, seperti kandungan pendidikan, dokumentari, saintifik, atau artistik, kandungan satira, kandungan dalam persekitaran bukan fakta (fiksyen), ucapan balas kaunter, dan kandungan demi kepentingan awam yang mempunyai nilai berita, atau sebaliknya membolehkan ekspresi individu tentang topik yang penting dari sudut sosial.

Ekstremisme Keganasan

Kami tidak membenarkan orang menggunakan platform kami untuk mengancam atau mengapi-apikan keganasan, atau untuk mempromosi individu atau organisasi yang berbahaya.

Ancaman dan hasutan untuk melakukan keganasan

Kami menganggap penghasutan untuk melakukan keganasan sebagai menyokong, mengarah, atau menggalakkan orang melakukan keganasan. Kami tidak membenarkan ancaman keganasan atau hasutan untuk melakukan keganasan pada platform kami yang mungkin mengakibatkan kemudaratan fizikal yang serius.

Individu atau organisasi yang berbahaya

Kami tidak membenarkan individu atau organisasi pada platform kami untuk menggalakkan atau terlibat dalam keganasan. Kami mengeluarkan individu atau organisasi seperti ini, termasuklah pembunuh besar-besaran, pembunuh dan perogol bersiri, kumpulan kebencian, organisasi jenayah, organisasi pengganas, dan kumpulan bersenjata bukan negara yang menjadikan orang awam sebagai sasaran.

Aktiviti haram dan barangan terkawal

Kami melarang perdagangan, penjualan, promosi dan penggunaan barang kawalan tertentu serta gambaran atau promosi kegiatan jenayah. Kami membenarkan pengecualian untuk kandungan yang memberikan nilai kepada orang ramai, seperti kandungan pendidikan, saintifik, artistik dan berita.

Aktiviti jenayah

Aktiviti jenayah meliputi spektrum yang luas bagi tindakan yang boleh dihukum oleh undang-undang, termasuk mencuri, menyerang, eksploitasi insan, pemalsuan, dan perlakuan memudaratkan yang lain. Untuk mencegah perlakuan seperti daripada menjadi perkara normal, ditiru, atau dimudahkan, kami mengeluarkan kandungan yang mempromosi atau mendayakan aktiviti jenayah.

Senjata

Kami tidak membenarkan gambaran, promosi, atau perdagangan senjata api, peluru, aksesori senjata api atau senjata letupan. Kami juga melarang arahan tentang cara mengilang senjata-senjata tersebut. Kandungan sebagai sebahagian daripada koleksi muzium, dibawa oleh pegawai polis, dalam perbarisan ketenteraan, digunakan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal seperti lapangan menembak mungkin dibenarkan.

Dadah dan bahan terkawal

Kami tidak membenarkan kandungan yang menggambarkan atau mempromosikan penggunaan atau perdagangan dadah atau bahan terkawal yang lain.

Perdagangan produk tembakau dan alkohol

Kami tidak membenarkan pembelian, penjualan, perdagangan, atau penawaran produk tembakau dan alkohol pada platform ini.

Penipuan atau berkomplot (‘scam’)

Kami tidak membenarkan sesiapa pun mengeksploitasi platform kami untuk meraih manfaat daripada kepercayaan pengguna dan mengakibatkan mudarat kewangan atau peribadi. Kami mengeluarkan kandungan yang memperdaya orang untuk mendapatkan keuntungan kewangan atau kelebihan peribadi yang melanggar undang-undang, termasuklah skim untuk menipu individu atau mencuri aset.

Perjudian

Kami tidak membenarkan kandungan yang mempromosi khidmat perjudian, atau yang boleh dianggap sebagai pengiklanan kasino, pertaruhan sukan, atau mana-mana aktiviti perjudian komersial yang lain.

Privasi, data peribadi, dan maklumat yang boleh mengenal pasti peribadi (PII)

Kami tidak membenarkan kandungan yang melanggar kerahsiaan data peribadi dan maklumat yang boleh mengenal pasti peribadi (cth. maklumat keselamatan sosial). Kami mengeluarkan kandungan yang menggambarkan data peribadi atau maklumat boleh mengenal pasti peribadi (PII) daripada platform ini.

Kandungan Ganas dan Grafik

Kami tidak membenarkan kandungan yang secara tidak wajar mengejutkan, bersifat grafik, sadis, atau menggerunkan yang menggalakkan, menormalkan, atau mengagung-agungkan keganasan ekstrem atau penderitaan pada platform kami.

Tindakan bunuh diri, mencederakan diri sendiri, dan berbahaya

Kami tidak membenarkan kandungan yang menggambarkan, menggalakkan, membiasakan atau mengagung-agungkan aktiviti yang membawa kepada bunuh diri, mencederakan diri, atau kecelaruan makan. Kami juga tidak mengizinkan pengguna berkongsi kandungan yang menggambarkan diri mereka mengambil bahagian dalam, atau menggalakkan pengambilan bahagian dalam, aktiviti berbahaya yang boleh mengakibatkan kecederaan serius atau maut.

Kami menggalakkan individu yang bergelut dengan fikiran untuk mencederakan atau membunuh diri, atau yang tahu seseorang yang sedang mempertimbangkan secara serius untuk membunuh diri, supaya serta-merta menghubungi perkhidmatan kecemasan atau khidmat pencegahan bunuh diri.

Bunuh diri

Kami mengeluarkan kandungan yang memaparkan bunuh diri, idea untuk membunuh diri, atau kandungan yang mungkin menggalakkan penyertaan dalam perlakuan lain yang mencederakan diri. Kami juga mengeluarkan kandungan yang menggambarkan percubaan membunuh diri atau kandungan yang menampilkan seseorang yang terlibat dalam perlakuan atau berhasrat untuk melibatkan diri dalam perlakuan yang berkemungkinan mengakibatkan kematian yang disebabkan oleh diri orang itu sendiri. Kami melarang apa-apa bentuk kandungan yang menggalakkan, membiasakan, atau mengagung-agungkan bunuh diri, menyediakan arahan untuk membunuh diri, atau siaran yang menampilkan bunuh diri sebagai sesuatu yang berani atau mulia.

Mencederakan diri sendiri dan kecelaruan makan

Untuk mengelak daripada menormalkan, menggalakkan, atau mencetuskan perlakuan mencederakan diri sendiri, kami tidak membenarkan imej yang menggambarkan perlakuan seperti ini, tanpa mengira niat pengguna menyiarkannya. Kami mengeluarkan kandungan yang menggalakkan atau menormalkan tindakan yang berkemungkinan membawa kepada kecederaan fizikal yang dilakukan sendiri. Kandungan yang menggalakkan tabiat makan yang berkemungkinan menjejaskan kesihatan juga tidak dibenarkan pada platform ini.

Tindakan berbahaya

Kami mentakrifkan aktiviti berisiko atau perlakuan berbahaya lain sebagai tindakan yang dilakukan dalam konteks bukan profesional atau tanpa kemahiran dan pengawasan keselamatan yang diperlukan yang boleh membawa kepada kecederaan yang serius atau maut bagi pengguna atau khalayak awam. Kami tidak membenarkan kandungan yang menggambarkan, menormalkan, atau mengagung-agungkan perlakuan seperti ini, termasuk lagak ngeri amatur atau cabaran berbahaya.

Tingkah laku penuh kebencian

Kami tidak bertolak ansur terhadap kandungan yang menyerang atau mencetuskan keganasan terhadap individu atau sekumpulan individu atas dasar ciri-ciri perlindungan. Kami tidak membenarkan kandungan yang mengandungi ucapan benci atau yang melibatkan perlakuan penuh kebencian dan kami mengeluarkan perkara ini daripada platform kami.

Serangan berdasarkan ciri-ciri yang dilindungi

Kami mentakrifkan ucapan atau kelakuan benci sebagai kandungan yang menyerang, mengancam, menghasut keganasan terhadap, atau sebaliknya memperlakukan individu atau kumpulan sebagai kurang daripada manusia berdasarkan ciri-ciri yang dilindungi berikut:

Penghinaan

Penghinaan ditakrifkan sebagai istilah menghina yang berniat untuk mengecil-ngecilkan sesuatu asal etnik, kaum, atau mana-mana ciri lain yang dilindungi yang disenaraikan di atas. Untuk mengurangkan penyebaran istilah yang benar-benar menyinggung perasaan, kami telah mengeluarkan semua bentuk penghinaan daripada platform kami, melainkan istilah tersebut diperuntukkan semula, digunakan sebagai rujukan kepada diri sendiri (cth. dalam lagu), atau tidak mengecil-ngecilkan.

Ideologi penuh kebencian

Ideologi penuh kebencian ialah ideologi yang mempamerkan secara jelas permusuhan terhadap orang disebabkan oleh ciri-ciri mereka yang dilindungi. Ideologi penuh kebencian tidak serasi dengan komuniti terangkum dan menyokong yang disediakan oleh platform kami dan kami mengeluarkan kandungan yang menggalakkan ideologi ini.

Gangguan dan membuli

Kami tidak bertolak ansur sekiranya ahli komuniti kami dimalukan, dibuli atau diganggu. Kandungan atau perlakuan yang menganiaya boleh mengakibatkan tekanan psikologi yang teruk dan akan dikeluarkan daripada platform kami.

Perlakuan menganiaya

Kami mengeluarkan semua ekspresi yang menganiaya, termasuk pernyataan yang mengancam atau yang merendah-rendahkan yang berhasrat untuk mempersenda, mengaibkan, memalukan, menakutkan, atau menyakiti seseorang individu. Untuk membolehkan ekspresi berhubung perkara berkaitan kepentingan awam, komen yang kritikal tentang tokoh awam mungkin dibenarkan; walau bagaimanapun, perlakuan menganiaya yang serius terhadap tokoh awam ini adalah dilarang.

Gangguan seksual

Gangguan seksual melibatkan perlakuan seksual yang tidak diingini atau tidak wajar yang ditujukan kepada individu lain. Kami tidak membenarkan kandungan, termasuk komen atau usaha mendekati, yang mengganggu orang lain secara seksual, tanpa mengira niat pengguna, kerana tindakan seperti ini boleh mengakibatkan tekanan kepada individu yang dijadikan sasaran.

Kebogelan dewasa dan aktiviti seksual

Kami tidak membenarkan kebogelan, pornografi, atau kandungan yang eksplisit dari segi seksual pada platform kami. Kami juga melarang kandungan yang menggambarkan atau menyokong tindakan seksual tanpa persetujuan, perkongsian imej intim tanpa persetujuan, dan permintaan seksual dewasa.

Eksploitasi seksual

Eksploitasi seksual ditakrifkan sebagai apa-apa salah guna sebenar atau percubaan salah guna kedudukan yang lemah, kuasa, atau kepercayaan bagi tujuan seksual, termasuk meraih keuntungan dari sudut kewangan, sosial atau politik daripada eksploitasi seksual orang lain. Kami tidak membenarkan kandungan yang bersifat eksploitasi seksual.

Aktiviti bogel dan seksual yang melibatkan dewasa

Aktiviti bogel dan seksual termasuk kandungan yang mendedahkan secara berlebih-lebihan payudara, alat sulit, dubur, atau punggung, atau perlakuan yang meniru, membayangkan atau memaparkan tindakan seks. Kami tidak membenarkan gambaran, aktiviti bogel atau seksual, termasuk kandungan yang dihasilkan atau dimanipulasi secara digital.

Keselamatan kanak-kanak

Apa-apa kandungan, termasuk animasi atau media yang dihasilkan atau dimanipulasi secara digital yang menggambarkan penganiayaan, eksploitasi, atau kebogelan kanak-kanak adalah satu pelanggaran pada platform kami dan akan dikeluarkan apabila dikesan. Sekiranya wajar, kami melaporkan kandungan yang melanggar ini kepada pihak berkuasa undang-undang berkaitan. Kami juga tidak membenarkan kandungan yang menggambarkan kanak-kanak di bawah umur terlibat dalam perlanggaran undang-undang. CapCut menganggap kanak-kanak sebagai mana-mana individu berusia bawah 18 tahun (atau usia majoriti dalam bidang kuasa perundangan anda).

Eksploitasi seksual kanak-kanak

Eksploitasi seksual kanak-kanak ditakrifkan sebagai apa-apa salah guna kedudukan kuasa atau kepercayaan bagi tujuan seksual, termasuk meraih keuntungan dari sudut kewangan, sosial, seksual atau politik daripada eksploitasi kanak-kanak.

Aktiviti bogel dan seksual yang melibatkan kanak-kanak

Aktiviti bogel dan seksual melibatkan kanak-kanak termasuk kandungan yang mendedahkan secara berlebih-lebihan payudara, alat sulit, dubur, atau punggung, atau perlakuan yang meniru, membayangkan atau memaparkan tindakan seks yang melibatkan kanak-kanak. Kami tidak membenarkan gambaran, aktiviti bogel atau seksual, termasuk kandungan yang dihasilkan atau dimanipulasi secara digital.

Aktiviti memudaratkan oleh kanak-kanak

Aktiviti memudaratkan oleh kanak-kanak termasuklah pemilikan atau penggunaan bahan yang dilarang untuk kanak-kanak, salah guna bahan yang sah di sisi undang-undang, penglibatan dalam aktiviti haram, penyertaan dalam aktiviti, cabaran fizikal, atau menyahut cabaran yang mungkin mengancam kesejahteraan atau keselamatan kanak-kanak tersebut. Kami mengeluarkan apa-apa kandungan seperti ini daripada platform kami.

Mudarat fizikal dan psikologi kanak-kanak

Perlakuan yang mendedahkan kanak-kanak kepada risiko mudarat fizikal atau psikologi termasuklah penganiayaan fizikal, pengabaian, membahayakan dan mengecil-ngecilkan dari segi psikologi. Kami mengeluarkan apa-apa kandungan seperti ini daripada platform kami.

Integriti dan ketulenan

Kami tidak membenarkan aktiviti yang menjejaskan integriti platform kami atau ketulenan pengguna kami. Kami mengeluarkan kandungan atau akaun yang melibatkan spam atau interaksi palsu, penyamaran, maklumat mengelirukan yang mengakibatkan kemudaratan, atau yang melanggar apa-apa hak harta intelektual.

Spam dan interaksi palsu

Interaksi palsu termasuk apa-apa kandungan atau aktiviti untuk meningkatkan populariti secara palsu pada platform ini. Kami melarang apa-apa percubaan untuk memanipulasi platform ini untuk meningkatkan metrik interaksi.

Salah maklumat

Salah maklumat ditakrifkan sebagai kandungan yang tidak tepat atau palsu. Walaupun kami menggalakkan komuniti kami mengadakan perbualan secara hormat tentang perkara yang penting kepada mereka, kami tidak membenarkan salah maklumat yang mengakibatkan mudarat kepada individu, atau komuniti kami, atau khalayak awam yang lebih luas tanpa mengira niat.

Pelanggaran harta intelektual

Hak cipta ialah hak sah di sisi undang-undang yang melindungi kerja asli pengarang/pencipta (cth. muzik, video) dan ekspresi asal sesuatu idea (cth. cara khusus video atau muzik diekspresi atau dicipta), walaupun tidak melindungi idea atau fakta asas.

Tanda dagangan ialah kata, simbol, cogan kata, reka bentuk yang mengenal pasti dan membezakan sumber sesuatu produk atau perkhidmatan. Kami menggalakkan supaya semua orang menghasilkan dan berkongsi kandungan asli.

Kandungan yang melanggar hak harta intelektual orang lain dilarang pada platform kami dan akan dikeluarkan sekiranya kami menyedari hal itu. Penggunaan kerja berhak cipta di bawah keadaan tertentu, seperti penggunaan doktrin atau undang-undang berkuat kuasa lain secara adil, atau penggunaan tanda dagangan untuk merujuk, membuat komen yang sah di sisi undang-undang, mengkritik, membuat parodi, membuat halaman peminat, atau menilai produk atau perkhidmatan, mungkin disifatkan sebagai pelanggaran dasar kami.

Sekiranya anda percaya bahawa kandungan yang dimuat naik atau disediakan melalui platform kami melanggar hak harta intelektual anda, anda boleh melaporkannya kepada kami.

Keselamatan platform

Dasar kami melarang apa-apa aktiviti yang menjejaskan keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan CapCut:

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada komuniti global kami yang bersemangat dan bekerjasama dengan kami untuk mengekalkan ruang yang mengalu-alukan untuk semua pengguna. Jika anda menemui kandungan atau akaun yang anda rasa melanggar Garis Panduan Komuniti kami, sila beritahu kami agar kami dapat menyemak dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Untuk perincian lanjut tentang cara melaporkan kandungan atau akaun kepada kami, sila lihat video pengenalan ini.